Story Of MyLife

alamak? terlebih pula gambar ini.. tidak apa.. ^_^Y

Di sinilah saya akan menceritakan suka dan duka saya.. kalau xnk baca 2.. boleh la tgk2 link yang lain tu.. hihi..

Perkenalkan diri dahulu..
Nama : Alyvian Thomas
Tarikh lahir : 1st May 1989
Kristian
Cita-cita : tidak pasti, sebab pekerjaan masa depan pun dah cukup bagus.. ^^
Belajar Di IPG Kampus Keningau

ini sajalah.. kalau nak lebih detail tu.. cari sendiri la..hihi.. PEACE! ^^

Bermulalah alkisah hari ini.. 19hb March 2011 iaitu hari Sabtu..
sebelum itu, saya nak ucapkan selamat hari jadi kepada sesiapa yang menyambut ulang tahun pada hari ini.. ^^
Moga-moga panjang umur dan murah rezeki..

ok.. balik kepada topik.. ~~ hari ini merupakan hari yang agak malang sedikit kepada saya.. T.T.. Ini semua kerana pencuci muka saya habis..  Ini semua Salah Pencuci muka.. (salahkan pula benda lain ^^). Saya keluar ke pekan jam 4.. tumpang 'abg' Amri ke pekan.. Trimas Amri dan orang tersayang Aloha! Ok, dalam perjalanan ke pekan tu.. hujan turun, UPs! saya tiada payung la.. nasib baik c Amri ada payung dalam kereta, pinjam la untuk melindungi diri daripada terkena hujan..
----> buat urusan----> selesai...
Selesai sahaja membuat urusan, saya berjalan ke bank untuk keluarkan duit (xbanyak juga).. Dalam perjalanan, tetiba pulak selipar saya terbuka! AMAKKK

tengok.. tengok.. 3/5 bukaan itu.. Terpaksalah dalam perjalanan saya berjalan seperti orang yang sakit kaki.. mengheret-heret kaki sebab takut terbuka semua.. orang sekeliling pun melihat dengan penuh tanda tanya.. Malu-malu.. Rasa nak tanam muka dalam tanah pun ada masa itu.. malu-malu.. tapi saya pura-pura Cool la konon.. sebab kalau tunjukkan muka 10 sen, lagi memalukan..
Semasa saya hendak melalui satu banner tu, saya tunduk untuk elakkan kepala daripada terhantuk, mungkin terlalu cepat saya mengangkat kepala.. PAKK!!! AYOKK..! kepala saya terhantuk! pening sekejap.. T.T.. apalah nasib kau ni labu.. Penjual reload lelaki yang agak comel tengo saya dengan muka separuh serius, separuh nak tergelak.. HUARGHH.. Malu-malu.. bertambah kemaluan saya..
---> berjaya membeli selipar baru<----

cantik x? hahah.. saya beli selipar nh sebab saya rasa selesa.. Harga? tak payah la taw.. ^^
--> Dalam perjalanan ke pasar malam, saya ternampak seorang awek yang memakai sama dan sebiji dengan selipar yang saya baru beli!! EHHHH... Rasa nak buang je selipar yang saya tengah pakai, tapi disebabkan saya tengah bajet.. terpaksa pakai je selipar itu.. Urgh.. Siapa lagi yang sama selipar dengan saya? T.T
---> selesai membeli belah di pasar malam<---

Tergesa-gesa saya hendak menaiki bas, sebab takut bas penuh. Fuh. nasib baik ada bas.. saya masuk dengan rasa lega sedikit. Masuk je dalam bas, tempat duduk pula basah.. Alahai.. apalah nasib.. terpaksa saya lap sekejap untuk elak daripada punggung basah..
---> sampai maktab dengan selamat<---

cerita pendek yang boleh dikongsikan bersama.. hehe..
walaupun terdapat sedikit masalah yang saya hadapi  sepanjang perjalanan saya.. saya tetap berterima kasih kepada Tuhan yang Maha Esa.. sepanjang saya melangkah, saya berdoa dan berdoa supaya tidak ada masalah yang besar yang akan melibatkan orang lain.. Syukur, walaupun selipar  putus, kepala terhantuk dan duduk di tempat basah.. Saya tidak berhadapan langsung dengan perkara yang menakutkan dan masalah yang besar..
Terima Kasih Bapa! ^^

Pengajaran Hari ini
1. Pastikan sentiasa ada stok sebelum stok yang digunakan habis.
2. Sentiasa membawa payung tidak kira panas atau hujan.
3. Sentiasa mensyukuri.
Happy Saturday!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RISAU!

Sangat-sangat risau kerana hari isnin ini PRATIKUM!!!!! RISAU.. RISAU.. RISAU..
Saya belum bersedia.. wu~
Kena buat RPH setiap hari.. kena buat jurnal setiap hari.. Kena fikir bagaimana hendak buat BBM..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pandangan Dari Sudut Hati Kecilku.. ^^

Betul x pendapat saya, setiap orang ada fikiran dan pendapat masing-masing.. ^^
Betul atau tidak, itu terpulang dari kamu.. nak komen tu.. komen dalam hati je eak.. ^^
Kamu pernah tersenarai dalam back out buyer? hurm.. saya belum pernah merasai lagi situasi tersebut, tapi saya boleh merasai sedikit perasaan apabila dilabelkan sebagai back out buyer.. Mungkin orang tersebut akan berasa marah, geram dan malu.. mungkin.. ^^.. yela.. siapa yang nak dirinya dilabelkan sedemikian.. saya pun tidak mahu.. Mungkin ada sebab kenapa para penjual ambil tindakan untuk membuat demikian.. Mungkin mereka tidak mahu disusahkan dan tidak mahu menyusahkan orang lain yang hendak benda itu juga. Atau mungkin sebab satu paksaan supaya barang mereka dibeli dengan paksa rela.. yela, kalau tidak beli, kena cop back out buyer.. jadi pelanggan pun takut jugalah kena cop backout buyer..
Tapi, pada pendapat saya.. lebih baik janganlah kita cop orang sebagai back out buyer.. sebab kita tidak tahu kenapa tetiba sahaja pelanggan nak batalkn barang yang dia dah tempah. mungkin pelanggan ada masalah keluarga, kekasih, kewangan, kesihatan dan lain-lain. Mungkin perkara ini buat penjual rasa leceh, sakit hati, geram dan lain-lain. Tapi kena harus berfikir di sebaliknya juga. Saya juga pada mulanya nak buat peraturan back out buyer ini.. Tapi setelah saya berfikir 2 3 kali baik dan buruknya.. adalah lebih baik jangan buat.
Sekali anda berbuat baik, 10 kali kebaikkan akan datang kepada kita.. Percaya? ^^
Hurmm.. esok nak pratikum.. sampai sini sahajalah madah bicara untuk malam ini.. Sebelum itu, saya hendak meminta maaf kepada sesiapa yang terasa.. sebab setiap orang ada pandangan masing-masing.. hihi..  betul atau tidak terserah kepada diri masing-masing.
Selamat Malam.. ^^

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cerita 1st April 2011 (Jumaat)
* Lepaskan Geram Seketika
>.<
AMARAN! cerita ini hanya berkaitan dengan saya dan seorang lect yang tidak ditulis namanya.. tetapi terpahat di hati! Tidak ada kaitan dengan orang lain. Harap Maklum :)

hari ini merupakan hari pertama saya diselia oleh seorang lect yang memang saya tidak berapa suka.. HuRMMM... Ada komen yang saya boleh terima.. dan ada komen saya langsung tidak boleh terima! haizzz... komen yang berkaitan dengan Hasil pembelajaran itu dan aktiviti itu saya masih boleh terima.. tetapi! Saya tidak boleh terima tentang keprihatinan saya dengan murid! AMBOII.. sakit kaki saya berjalan berpusing-pusing kelas tanpa henti untuk memastikan murid tidak menghadapi sebarang masalah! Habis air liur saya meyoal  murid jika mereka menghadapi sebarang kesulitan! Dan habis juga air liur saya untuk memuji murid-murid.. Adakah tepuk tangan bukan satu cara untuk memuji murid? GERAM! Rasa nak lawan je.. tapi, senior nasihat jangan lawan.. nanti markah akan ditolak lebih teruk.. HAIZ!
Lain kali kalau hendak selia, jangan asyik pandang buku sahaja! jangan asyik pandang bawah sahaja! TENGOK! Buka telinga luas-luas.. korek apa yang perlu di buang ditelinga itu!
Dahlah tidak masuk semasa Set Induksi! Senang-senang bagi markah 2! Komen, tidak sesuai untuk sesi pengajaran! Lain kali pastikan sampai awal, baru komen sesuai atau tidak! HURMM...
Lain kali, saya akan bawa microfon, speaker dan pakai kasut tinggi.. kalau hendak puji murid sahaja, guna microfon.. biar satu sekolah dengar... GRR..

______________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
Uptade : 8 April 2011

YEA!! Selesai sudah pantauan fasa 2.. syukur.. ada peningkatan pada penilaian ini.. TQ God.. ^^tapi saya merasakan pengajaran saya hari ini macam saya pula terlebih gembira.. HUUU.. malunya.. Jantung saya rasa hendak terkeluar saja dari badan ini.. terlalu risau sehingga berjalan di awang-awangan.. hmmmmm...
apa-apapun.. kegembiraan saya bertambah apabila seorang pelajar perempuan memberikan surat kepada saya.. saya sangat-sangat gembiraaaa... ^^ sebab ini pertama kali saya mengajar dan dapat surat.. ^^Y..
hihi.. walaupun terdapat ejaan yang salah.. tapi boleh diperbaiki.. :)..
saya hendak jawab surat ini.. ^^
*********************************************************************
*********************************************************************
Tarikh: 29/6/2011
Rabu


Ohh.. itu saya.! :P.. Glamorous Dinner Party, itulah tema pada malam tersebut.. saya telah mendapat anugerah MISS SPORTING! terima kasih kawan-kawan sbb undi saya! :D.. erm.. minggu depan bermula la praktikum untuk sesi kedua yang berlangsung selama 2 bulan! OMG... OH MAK GAJAH! lama tuuuu... harap-harap kali ini saya dapat yang terbaik.. saya juga akan buat yang sebaik yang mungkin walaupun melibatkan masa, tenaga dan kewangan yang banyak.. huhu.. bye2 money.. :P.. yang penting result OK! 

*********************************************************************************
*********************************************************************************
Terkini :5 Sept 2011 (Isnin)

Hari ini merupakan hari yang indah. Seperti yang telah dijanjikan oleh Yang Maha Esa. Semakin hari semakin cintakan Dia dan semakin hari semakin benci dosa. Saya ada mengikuti Konfrensi PMM SIB Sabah ke 32. AWESOME OK! Setiap orang mempunyai potensi, saya juga mempunyai potensi terpendam. Bertemakan Rohmu Menyala-Yala sememangnya sesuai untuk para pemuda pemudi seperti saya untuk menjadi seorang umat kristian yang radikal. Kuat dalam kristus dan berlandaskan firmannya untuk menjalani kehidupan harian.

UPS! Gambar di atas adalah saya dengan orang saya kasihi. Rosly Kisong. Seorang hamba Tuhan yang dipakai menurut kasih karunianya. Doa-doakan kami ya untuk rancangan tahun depan. :D
Bapa kami yang disyurga,
Dikuduskanlah namaMu,
Datanglah kerajaanMu, jadilah kehendakmu
seperti di bumi dan di syurga.
Bapa Saya mengasihi ps Rosly Kisong,
biarlah perhubungan kami berlandaskan kasih karuniaMu
Kami mahu perhubungan kami suci dan menyenangkan hatiMu
Saya ingin dia menjadi pasangan hidup dan mati saya
Amen.

Ada sesiapa ingin didoakan? :) email saya kepada saya. Saya akan bantu dalam doa.
create your own banner at mybannermaker.com!